Intelligent Sharing Session 2009

September 14th, 2009 admin No comments

iss

Categories: Uncategorized Tags:

GEMARAK Rai Pelajar Ke UK-Ireland

September 8th, 2009 admin No comments

Oleh: Wan Nur Iwani

Photobucket

Medan Gopeng, Ipoh - Alhamdulillah, program yang sekian lama dirancang, akhirnya berjaya dilaksanakan. Satu Majlis Penghargaan & Berbuka Puasa Meraikan Anak-Anak Perak Ke UK-Ireland yang berlangsung pada 6 September 2009 yang lalu telah dianjurkan oleh Generasi Ilmuan Perak UK & Ireland (GEMARAK) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

Program yang dipimpin oleh Saudari Pengarah, Nurhanis Syazni Roslan bersama rakan-rakannya itu telah diadakan di sebuah Hotel terkemuka di bandar Ipoh, Hotel Hill-City. Program tersebut telah dijayakan dengan kehadiran seramai 14 orang pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke UK & Ireland, bersama-sama para pelajar yang sedang menuntut di UK & Ireland. Para pelajar yang diraikan ini ada yang turut ditemani oleh ahli keluarga mereka, sebagai tanda rasa kasih dan penghargaan ahli keluarga dengan kejayaan anak-anak mereka melanjutkan pelajaran ke UK & Ireland.

Photobucket

Program yang bermula sekitar jam 5.30 petang itu dimulakan dengan Ucapan Alu-Aluan oleh Wakil Presiden GEMARAK, Saudara Amir Syafiq, Graduan Kejuruteraan Mekanikal, University Of Bristol, UK. Berbekalkan pengalaman yang masih segar sebagai pelajar di rantauan, Amir Syafiq telah menghidangkan hadirin dengan ucapannya yang penuh bertenaga, sekaligus memberikan keyakinan kepada ibu bapa dan para pelajar yang akan melangkah jauh meninggalkan kampung halaman pada tahun ini.

Photobucket

Majlis ini diserikan lagi dengan Slot Jalinan Mesra yang mempertemukan adik-adik pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke Luar Negara dengan para senior yang tidak lokek berkongsikan pengalaman mereka bagi membantu adik-adik membuat persiapan di saat-saat akhir sebelum ke Luar Negara. Ternyata, Slot tersebut memberikan seribu satu makna kepada mereka, kerana ianya bukan sahaja melibatkan perkongsian pengalaman, tetapi berjaya mengeratkan silaturrahim di antara mereka.

Photobucket

Tepat jam 6.30pm, Majlis diteruskan dengan ketibaan tetamu dan penceramah Jemputan, iaitu Al-Fadhil Ustaz Khairil Azhar Shamsuddin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Latihan, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk). Al-Fadhil Ustaz seterusnya menyampaikan amanat beliau, dan merasmikan Majlis tersebut.

Photobucket

Jelas beliau, para pelajar yang diberi peluang menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti ini, seharusnya bersyukur dan menggunakan peluang sebaiknya untuk membentuk diri sebagai seorang hamba ALLAH walau di mana jua mereka berada. Memetik surah at-Taubah, 122 yang bermaksud “Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang). Kenapa tidak pergi satu kelompok yang kecil dari tiap2 golongan yang besar di antara kamu untuk mendalami pengetahuannya tentang Ad-Deen, dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya, apabila mereka kembali kepada kaumnya, supaya kaumnya dapat menjaga diri mereka”

Photobucket

Sebelum berbuka puasa, hadirin dihidangkan terlebih dahulu dengan persembahan Video mantap, sebuah kompilasi yang menggambarkan Universiti-Universiti di UK & Ireland. Ternyata, ianya memberikan satu semangat baru kepada para pelajar yang tidak sabar-sabar lagi untuk menjejakkan kaki di bumi Eropah, dan pada masa yang sama, mengharapkan doa ayah dan ibu yang sudah tentu begitu berat sekali ingin melepaskan anak mereka.

Photobucket

Selepas berbuka puasa, hadirin bersama-sama menunaikan Solat Maghrib berjamaah. Selesai bersolat, Majlis diselitkan dengan sesi penyerahan Sijil dan Buah Tangan khas dari GEMARAK yang disempurnakan oleh Al-Fadhil Ustaz Khairil Azhar Shamsuddin.

Hadirin selepas itu juga tidak melepaskan peluang untuk bersolat Tarawih berjamaah, sebelum dihidangkan sekali lagi dengan satu Slot mantap bertajuk “Jejak Islam di Bumi Eropah”. Slot yang dibentangkan oleh Saudari Pengarah sendiri, Nurhanis Syazni itu sungguh bermakna buat tatapan adik-adik pelajar dan ibu bapa yang hadir. Pelbagai persoalan yang bermain di minda mereka selama ini sedikit terungkai hasil pembentangan ringkas dan padat tersebut.

Photobucket

Majlis tamat tepat jam 10.15pm, dan sebelum bersurai, para hadirin mengambil kesempatan untuk beramah mesra dan bertukar-tukar cerita. Majlis tersebut berakhir dengan puluhan senyuman penuh ikhlas para hadirin, sekaligus menandakan satu lagi kejayaan Program anjuran GEMARAK. InsyaAllah, semoga bertemu lagi di lain hari, semoga adik-adik pelajar yang akan berangkat nanti beroleh keselamatan dan kesejahteraan di bumi asing. Wallahu a’lam.

Lagi Koleksi Gambar Majlis di SINI

Categories: Activities Tags:

Majlis Penghargaan & Iftar GEMARAK

September 1st, 2009 admin No comments

majlis-berbuka-puasa-gemarak-copy

Alhamdulillah, dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk), Generasi Ilmuan Perak UK-Ireland (GEMARAK) tahun ini merancang untuk mengadakan satu Majlis Penghargaan & Berbuka Puasa (Iftar) bagi meraikan Anak-Anak Perak yang akan melanjutkan pelajaran ke United Kingdom & Ireland. Majlis ini akan turut disertai oleh Wakil Pegawai JAIPk.

Justeru, sukacitanya, pihak Penganjur Majlis ingin menjemput kesemua Anak Perak yang akan melanjutkan pelajaran ke UK & Ireland untuk turut serta memeriahkan Majlis ini. Bagi memudahkan urusan pendaftaran, mereka yang berminat boleh berhubung terus dengan AJK Pendaftaran, Saudari Nadiah Zainal Abidin di talian 013-4749527 selewat-lewatnya pada hari Jumaat, 4 September 2009.

Para pelajar anak Perak yg sedang belajar di UK & Ireland juga turut dijemput hadir bagi menyerikan lagi Majlis. Kerjasama dan bantuan anda juga sangat-sangatlah dialu-alukan. Makluman kehadiran bolehlah dibuat kepada Saudari Siti Fatin Shaari di talian 017-4494144.

Berikut merupakan tentatif Majlis:

4.50 - 5.10 pm Ketibaan pelajar dan pendaftaran.
5.10 - 5.20 pm Ucapan Alu-Aluan dan Bacaan Doa
5.20 - 5.40 pm Ucapan Wakil Presiden GEMARAK
5.40 - 6.00 pm Jejak Islam Di Bumi Eropah
6.00 - 6.35 pm Slot Jalinan Mesra I
6.35 - 7.10 pm Ketibaan, Perasmian dan Tazkirah dari Jemputan JAIPk
7.10 - 8.00 pm Berbuka Puasa & Solat Maghrib Berjemaah
8.00 - 8.30 pm Majlis Penyampaian Sijil & Cenderahati
8.30 - 9.15 pm Solat Isya’ dan Tarawih
9.15 - 10.00 pm Slot Jalinan Mesra II
10.00 pm Bersurai

Pihak Penganjur Majlis Penghargaan & Berbuka Puasa GEMARAK 2009 dengan ini berharap agar segala perancangan dan persediaan untuk menjayakan majlis ini terlaksana dengan jayanya dan mendapat keberkatan dari ALLAH SWT. Selamat berpuasa!

-Sekreteriat GEMARAK 2009/10-

Categories: Announcement Tags:

GEMARAK Turun Ke Sekolah

August 19th, 2009 admin 3 comments

Oleh: Wan Nur Iwani

1

Sayong, 19 Ogos 2009 - Setelah berminggu-minggu dirancang, akhirnya, program kemasyarakatan GEMARAK telah direalisasikan. Alhamdulillah, SMK Sayong telah terpilih sebagai lokasi Program “Sharing Moment” GEMARAK tahun ini. Program yang dipimpin oleh Pengarah, Saudari Areeshah ini dijayakan oleh 7 orang Fasilitator daripada UK, Ireland dan Mesir (Hilfi, Amir, Areeshah, Nazirul, Faqih, Hafizi, dan Faten Mastura) dan 39 orang pelajar Tingkatan 4 SMK Sayong.

Program bermula dengan penyampaian sebuah ceramah motivasi oleh Saudara Amir Syafiq, Graduan bidang Kejuruteraan Mekanikal, University Of Bristol yang membawa tajuk “7 Habits of Highly Effective People”. Ceramah selama satu jam itu jelas memberikan input dan sinergi baru kepada adik-adik yang kini sedang berada di dalam musim peperiksaan selaras sekolah. Semoga apa yang ditimba dapat dijadikan tauladan sehingga ke akhir hayat mereka.

Pengisian seterusnya bertajuk “What To Do After SPM?”, disampaikan oleh Saudara Wan Ahmad Hafizi, pelajar tahun kedua Perubatan di University Of Cairo, Egypt. Pengisian penuh bermakna ini, membawa adik-adik merenung dan merancang kehidupan mereka selepas menamatkan persekolahan di peringkat SPM seawal di tingkatan 4 lagi. Baki masa lebih setahun sebelum menempuh peperiksaan besar SPM jelas menjadi cabaran buat adik-adik sebelum menempuh musim penuh tekanan dan beban akademik pada masa akan datang.

Satu jam terakhir Program ini dimanfaatkan sebaiknya dengan perkongsian pintar di dalam kumpulan oleh abang-abang dan kakak-kakak Fasilitator. Fasilitator yang didatangkan khas dari Leeds (Hilfi), Dublin (Areeshah), Bristol (Amir), Mesir (Hafizi, Faqih, Faten dan Nazirul) jelas telah menguja adik-adik dengan pengalaman mereka di luar negara. Slot ini diakhiri dengan penulisan Warkah Gemilang oleh adik-adik peserta sebagai peringatan dan muhasabah buat diri mereka.

Menurut salah seorang peserta Program, beliau merasakan program seperti ini harus dimanfaatkan oleh setiap pelajar sekolah seperti mereka dan berharap agar abang-abang dan kakak-kakak Fasilitator dapat kembali semula ke sekolah untuk bersama mereka sekali lagi pada masa akan datang. Di pihak GEMARAK, mereka berasa terharu dengan sambutan yang diberikan oleh adik-adik, dan berdoa agar para peserta beroleh kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Semoga program seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang.

Sekian,

Sekretariat GEMARAK 2009

Categories: Activities Tags:

Sharing Moment SMK Sayong (Details)

August 12th, 2009 admin No comments

smksayongPelbagai aktiviti sama ada di dalam negeri mahupun di luar negara telah dirangka bagi sesi 2009 ini. Ini termasuklah program bersama pelajar-pelajar dari sekolah luar bandar, iaitu SMK Sayong, Kuala Kangsar.

Program ini dirancang pada setiap cuti musim panas agar mahasiswa Perak yang sedang menuntut di United Kingdom & Ireland dapat pulang sambil menyumbang dan menyuntik semangat pelajar-pelajar luar bandar, pada masa yang sama mengeratkan silaturrahim di antara mahasiswa Perak.

SMK Sayong dipilih berdasarkan lokasinya yang terletak di Kawasan Luar Bandar dan rata-rata pelajarnya datang dari keluarga yang sederhana. GEMARAK tampil dengan sentuhan motivasi berkonsepkan perkongsian pintar dan pengalaman anggotanya yang menuntut di Universiti di United Kingdom dan Ireland.

Tentatif Program
2.30 - 2.45 pm
Ketibaan dan pendaftaran pelajar
2.45 - 3.00 pm Sesi-suai kenal fasilitator, nyanyian lagu tema serta taklimat tentatif
3.00 - 4.00 pm 7 Habits of Highly Effective Students
4.00 - 4.20 pm What To Do After SPM
4.20 - 5.10 pm Sesi Dalam Kumpulan Bersama Fasilitator (Q&A), Warkah Gemilang
5.10 - 5.30 pm Saguhati Untuk Pelajar, Amanat Terakhir
5.30 - 6.00 pm Minum Petang, Solat Asar

GEMARAK dengan ini menjemput mana-mana Mahasiswa Perak yang berkelapangan terutamanya yang menuntut di UK & Ireland untuk turut serta menabur bakti kepada adik-adik di Kuala Kangsar. Moh kita ke Sayong!

Maklumat lanjut berkaitan Program boleh berhubung dengan Saudari Nur Areeshah Abdul Aziz (Pengarah) di talian 0134925144.

Categories: Uncategorized Tags:

Sharing Moment SMK Sayong

August 11th, 2009 admin No comments

sharing-moment-gemarak1

Categories: Activities Tags:

GEMARAK Terus Kehadapan

July 29th, 2009 admin No comments

Salam wbt. Setelah mengaktifkan kembali saluran Laman Web Rasminya, GEMARAK terus mengorak langkah merancang untuk menganjurkan beberapa siri program kebajikan buat anak-anak Perak terutamanya yang bakal melanjutkan pelajaran ke UK & Ireland. GEMARAK sebagai satu-satunya NGO Anak Perak yang bergerak di UK & Ireland beriltizam untuk memanfaatkan ruang dan peluang yang ada bagi menabur bakti kepada negeri tercinta, Perak Darul Ridzuan.

Justeru, bagi menyahut seruan ini, pihak sekreteriat GEMARAK mengalu-alukan sebarang bentuk bantuan sama ada dari segi kewangan, tenaga dan pengorbanan anda dalam menjayakan aktiviti-aktiviti GEMARAK sepanjang tahun ini. Sebarang urusan perhubungan, bolehlah berhubung terus dengan pihak kami di alamat email hi_j87[at]yahoo.co.uk.

Segala perkembangan aktiviti GEMARAK akan dilaporkan di Laman Web ini bagi memastikan anda terus menyokong dan mndokong GEMARAK. Semoga dengan sokongan dan dorongan anda, GEMARAK terus maju memimpin anak-anak Perak di UK & Ireland.

-Sekreteriat GEMARAK 2009-

Categories: Announcement Tags:

Laman Rasmi GEMARAK Kembali Aktif

July 27th, 2009 admin No comments

Pihak sekretariat GEMARAK UK-Ireland memohon kemaafan kerana terpaksa membekukan beberapa bulan laman rasmi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Memahami kesulitan yang dihadapi oleh kalangan ahli-ahli serta anak-anak Perak, pihak sekretariat memohon kemaafan. InsyaAllah, pihak sekretariat akan sedaya upaya menjadikan laman rasmi ini sebagai satu medium penyampai maklumat, berita dan pandangan rasmi GEMARAK UK-Ireland kepada umum.

Pihak kami juga akan menyiarkan berita aktiviti GEMARAK UK-Ireland yang tidak sempat disiarkan dalam laman rasmi ini. Pihak kami juga amat berbesar hati untuk menerima sebarang cadangan, kritikan dan idea yang boleh meningkatkan prestasi medium ini.

-Sekreteriat GEMARAK 2009-

Categories: Announcement Tags: