Archive

Archive for the ‘Activities’ Category

August 17th, 2010 co-admin No comments

MAJLIS PENGHARGAAN BAGI MERAIKAN KEJAYAAN ANAK-ANAK PERAK YANG BERJAYA KE LUAR NEGARA SERTA MAJLIS BERBUKA PUASA


22 OGOS 2010, Ahad, 2.00 – 8.00 pm

Hotel Hillcity, Ipoh (exit Simpang Pulai)

Jemputan: wakil Jabatan Agama Islam Perak, JAIPk


44724_1491304315201_1011798299_31461123_6639398_n1



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Salam Ramadhan semua…


InshaAllah satu lagi program istimewa anjuran GEMARAK (Generasi Ilmuan Perak Uk - Ireland) ingin menjemput mahasiswa-mahasiswa dan mahasiswi-mahasiswi Perak, samada yang akan berlepas atau sudah menuntut di UK & Ireland untuk turut sama berada di sana bagi meraikan dan merapatkan ukhwah di antara kita.


Untuk yang bakal fly, hanya pelajar dan ibu bapa akan ditanggung, tetapi ahli keluarga lain terpaksa membayar sendiri yuran bufet RM28 bagi dewasa dan RM20 bagi kanak-kanak, sekiranya dibawa bersama. Bagi pelajar yang sudah mempunyai elaun sendiri (senior) perlu membayar sejumlah RM35.


Bagi yang jauh, insyaAllah transportation akan disediakan from Medan Gopeng & Medan Kidd, sila hubungi


saudara Iman - 013-4311470 untuk arrangement.


Bagi yang perlukan tempat penginapan, boleh contact Abg Hilfi – 019-4479600 atau Kak Nadiah -012-5662544.


Sebarang pertanyaan boleh contact kak Erma  019-5508696


inshaAllah surat jemputan rasmi akan dihantar ke rumah bagi yang dapat hadir.

Tentatif program seperti di bawah :


MASA

AGENDA

2.00 – 2.15 a. Ketibaan dan pendaftaran para pelajar dan ibu bapa
2.15 – 2.30 b. Ketibaan wakil Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) , Ustaz Fadhli Baharum
2.30 – 3.00
a. Ucapan Alu-aluan
b. Bacaan Doa
c. Ucapan Aluan oleh Wakil Presiden GEMARAK
3.00 – 3.25 a. Ucapan perasmian dari wakil Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk), Ustaz Fadhli Baharum
3.25 –3.50 b. Penyampaian sijil dan cenderahati kepada para pelajar yang bakal berlepas ke luar negara
3.50 – 4.45


4.45 – 5.00

5.00 – 5.15

a. Sesi bergambar
b. Sesi Dalam Kumpulan dan Persatuan Pelajar (Ibu bapa dan pelajar

Solat Asar

Tayangan Video “Salam Anak Rantau”

5.15 - 6.00 Tazkirah Ramadhan : ” Hijrah” oleh Ustaz Hafez
6.00 – 6.45 Forum ” Bukan Sekadar Ijazah”
6.45 - 7.00 Penutup & Doa

a. Wudu’
b. Berbuka puasa
c. Solat maghrib berjemaah

Jumpa di sana……!!!

44724_1491304275200_1011798299_31461122_3376752_n1

GEMARAK’S Gathering With Youth In Perak

Categories: Activities, Announcement Tags:

GBP 2010.. SMK Sungai Manik!!

August 15th, 2010 co-admin No comments

BISMILLAH.

4 Ogos 2010 yang lalu, Generasi Ilmuan Ireland(GEMARAK) sekali lagi kembali menggegarkan bumi Perak dengan  sebuah program motivasi. Jikalau sebelum ini di Maahad Darussalam, anak-anak Perak kini memilih Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Manik sebagai medan perkongsian mereka sepanjang cuti musim panas kali ini. Kunjungan GEMARAK rabu itu disambut dengan baik oleh pihak SMK Sungai Manik yang terletak di Teluk Intan, Perak.

Lokasi SMK Sungai Manik yang dikelilingi oleh sawah padi dan tumbuhan-tumbuhan hijau melahirkan suasana yang cukup menenangkan, jauh dari kesibukan kota. Kedatangan para Fasilitator seramai 12 orang kali ini, disambut dengan hembusan angin sepoi-sepoi bahasa yang cukup menyegarkan. Tepat jam 10.40 pagi, kesemua fasilitator sudahpun berada di sekolah tersebut. Program yang diberi nama Gemarak Bersama anak Perak 2010(GBP 2010) ini akhirnya membuka tirai tepat jam 11.00 pagi.

Keceriaan para peserta yang hampir mencecah 90 orang semuanya, cukup membakar semangat skuad GEMARAK kali ini. Walaupun para fasilitator rata-ratanya sudah melepasi umur 2o tahun, skuad GEMARAK seolah-olah kembali melayari keindahan zaman persekolahan, sewaktu bersama para pelajar tingkatan empat di SMK Sungai Manik. Sebagai pembuka bicara, para pelajar dihidangkan dengan sebuah perbentangan berkaitan dengan pengertian sebenar BERJAYA oleh seorang anak Perak yang kini sedang melanjutkan pelajaran di United Kingdom.

smk-sungai-manik-61

Seusai perkongsian tersebut, para peserta dipecahkan kepada beberapa buah kumpulan untuk memudahkan perkongsian khusus para fasilitator. Latihan dalam kumpulan(LDK) selama 1 jam 15 minit ini akhirnya ditangguhkan bagi memberi laluan kepada para pelajar untuk makan tengah hari dan menunaikan solat Zohor. Walaupun masa yang diberikan untuk LDK ini agak lama, ternyata banyak lagi yang ingin dikongsikann oleh para fasilitator untuk adik-adik di SMK Sungai Manik.

smk-sungai-manik-4

Aktiviti diteruskan selepas solat Zohor dengan perkongsian dari seorang pelajar perubatan Czech Republic yang pulang bercuti di Malaysia. Perkongsian yang bertajuk “PERCAYA dan BERJAYA” ini berlansung selama 45 minit, membawa para pelajar percaya, bahawa semua manusia mampu BERJAYA. LDK 2 kemudiannya mengambil tempat sebelum slot perkongsian terakhir bermula. Kali ini seorang lagi ahli GEMARAK, pelajar perubatan dari Ireland, bercerita mengenai tip-tip yang boleh digunapakai dalam usaha untuk menuju kejayaan.

smk-sungai-manik-31

GEGAR YOP kali ini berakhir dengan sesi penyampaian hadiah antara pihak sekolah dan pihak GEMARAK. Tiada kata yang lebih enak untuk dilafazkan melainkan ucapan Jutaan Terima Kasih daripada pihak GEMARAK, atas kesudian pihak sekolah menerima kunjungan kami yang tidak seberapa ini. Mudah-mudahan, adik-adik di SMK Sungai Manik mendapat sesuatu daripada perkongsian singkat  ini.

Skuad GEMARAK akhirnya meninggalkan SMK sungai manik jam 5.15 petang. Jelas terpampang keceriaan diwajah para fasilitator sebaik sahaja tamat program ini. Masing-masing pulang dengan membawa kembali pengertian hidup pada memberi.

smk-sungai-manik5

JOM GEGAR YOP ahad ini!!!

Sekian..

Categories: Activities Tags:

Ogos Ini - Prog Pra-Penerbangan GEMARAK

July 29th, 2010 admin No comments

GEGAR YOP!

Assalamualaikum & Salam Ukhuwwah,

InsyaAllah, pada 22 Ogos 2010 (Ahad) akan datang, Generasi Ilmuan Perak UK-Ireland (GEMARAK) akan menganjurkan sebuah Program Pra-Penerbangan (Pre-Departure) bertempat di Ipoh, Perak. Program yang diberi nama GEMARAK’s Gathering with Youth in Perak (GEGAR YOP!) ini bertindak sebagai platform persediaan dan perkenalan antara para pelajar yang bakal & sedang melanjutkan pelajaran di luar negara.

GEGAR YOP! merupakan acara tahunan pra-penerbangan GEMARAK yang diberikan nafas baru sejak GEMARAK ditubuhkan pada tahun 2008. Program ini khas buat Anak-Anak Perak yang akan melanjutkan pelajaran ke United Kingdom, Ireland dan Negara-Negara lain sekitar Eropah. Para pelajar & graduan Anak Perak daripada UK & Ireland akan turut sama memeriahkan Program ini bagi berkongsikan pengalaman, ilmu dan panduan persediaan para pelajar yang akan ke luar negara pada tahun ini.

Maklumat lanjut berkaitan Program ini akan dimaklumkan secepat mungkin di laman rasmi kami http://www.gemarak.com. Sebarang pertanyaan, bolehlah terus berhubung dengan Cik Pengarah Program, Saudari Erma Farida Abu Hassan di emel beliau nur_islam2601@yahoo.com.

Semoga berjumpa di GEGAR YOP! InsyaAllah.

Sekreteriat GEMARAK 2010-11

Categories: Activities, Announcement Tags:

GEMARAK Menyantuni Anak Yatim Maahad Darus Salam, Ipoh

July 29th, 2010 co-admin No comments

Program Titian Kasih di Mahad Darus Salam, Tambun

Pada minggu lepas, 21 dan 22 Julai 2010, Generasi Ilmuan Perak UK-Ireland (GEMARAK) telah menziarahi Rumah Anak-Anak Yatim, Mahad Darus Salam, Tambun, Ipoh. Program selama 2 hari 1 malam ini bertemakan “Titian Kasih” antara para pelajar Maahad dan Anak-Anak Perak yang menuntut di UK & Ireland. Program Titian Kasih 2010 merupakan salah satu program kemasyarakatan yang dianjurkan oleh GEMARAK pada tahun ini. Program sempena cuti musim panas para pelajar UK & Ireland ini adalah berbentuk motivasi di samping merapatkan ukhuwah dan meraikan anak-anak yatim di Maahad ini.

Maahad Darus Salam

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik dan sejahat-jahat rumah kaum muslimin adalah rumah yang ada anak yatim yang selalu diganggu dan disakiti hatinya” (Riwayat Ibnu Majah)

Seramai 10 pelajar dari pelbagai Universiti di UK dan Ireland terlibat. Program di bawah pimpinan Pengarah, Saudara Muhammad Nur Iman Mohammad Fadzil melibatkan anak-anak yatim seramai 28 orang, yang terdiri daripada 14 lelaki dan 14 perempuan. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan nasyid, pertandingan lakonan , games dan motivational talk oleh ahli-ahli GEMARAK.

gemarak-anak-yatim

InsyaAllah program seumpama ini akan diadakan lagi pada masa akan datang bagi menggalakkan anak-anak Perak untuk terus memberi sumbangan kepada masyarakat terutamanya di Negeri Perak.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya “Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik dan sejahat-jahat rumah kaum muslimin adalah rumah yang ada anak yatim yang selalu diganggu dan disakiti hatinya.” (Riwayat Ibnu Majah)

-Sekreteriat GEMARAK 2010-11

Categories: Activities Tags:

GEMARAK Rai Pelajar Ke UK-Ireland

September 8th, 2009 admin No comments

Oleh: Wan Nur Iwani

Photobucket

Medan Gopeng, Ipoh - Alhamdulillah, program yang sekian lama dirancang, akhirnya berjaya dilaksanakan. Satu Majlis Penghargaan & Berbuka Puasa Meraikan Anak-Anak Perak Ke UK-Ireland yang berlangsung pada 6 September 2009 yang lalu telah dianjurkan oleh Generasi Ilmuan Perak UK & Ireland (GEMARAK) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

Program yang dipimpin oleh Saudari Pengarah, Nurhanis Syazni Roslan bersama rakan-rakannya itu telah diadakan di sebuah Hotel terkemuka di bandar Ipoh, Hotel Hill-City. Program tersebut telah dijayakan dengan kehadiran seramai 14 orang pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke UK & Ireland, bersama-sama para pelajar yang sedang menuntut di UK & Ireland. Para pelajar yang diraikan ini ada yang turut ditemani oleh ahli keluarga mereka, sebagai tanda rasa kasih dan penghargaan ahli keluarga dengan kejayaan anak-anak mereka melanjutkan pelajaran ke UK & Ireland.

Photobucket

Program yang bermula sekitar jam 5.30 petang itu dimulakan dengan Ucapan Alu-Aluan oleh Wakil Presiden GEMARAK, Saudara Amir Syafiq, Graduan Kejuruteraan Mekanikal, University Of Bristol, UK. Berbekalkan pengalaman yang masih segar sebagai pelajar di rantauan, Amir Syafiq telah menghidangkan hadirin dengan ucapannya yang penuh bertenaga, sekaligus memberikan keyakinan kepada ibu bapa dan para pelajar yang akan melangkah jauh meninggalkan kampung halaman pada tahun ini.

Photobucket

Majlis ini diserikan lagi dengan Slot Jalinan Mesra yang mempertemukan adik-adik pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke Luar Negara dengan para senior yang tidak lokek berkongsikan pengalaman mereka bagi membantu adik-adik membuat persiapan di saat-saat akhir sebelum ke Luar Negara. Ternyata, Slot tersebut memberikan seribu satu makna kepada mereka, kerana ianya bukan sahaja melibatkan perkongsian pengalaman, tetapi berjaya mengeratkan silaturrahim di antara mereka.

Photobucket

Tepat jam 6.30pm, Majlis diteruskan dengan ketibaan tetamu dan penceramah Jemputan, iaitu Al-Fadhil Ustaz Khairil Azhar Shamsuddin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Latihan, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk). Al-Fadhil Ustaz seterusnya menyampaikan amanat beliau, dan merasmikan Majlis tersebut.

Photobucket

Jelas beliau, para pelajar yang diberi peluang menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti ini, seharusnya bersyukur dan menggunakan peluang sebaiknya untuk membentuk diri sebagai seorang hamba ALLAH walau di mana jua mereka berada. Memetik surah at-Taubah, 122 yang bermaksud “Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang). Kenapa tidak pergi satu kelompok yang kecil dari tiap2 golongan yang besar di antara kamu untuk mendalami pengetahuannya tentang Ad-Deen, dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya, apabila mereka kembali kepada kaumnya, supaya kaumnya dapat menjaga diri mereka”

Photobucket

Sebelum berbuka puasa, hadirin dihidangkan terlebih dahulu dengan persembahan Video mantap, sebuah kompilasi yang menggambarkan Universiti-Universiti di UK & Ireland. Ternyata, ianya memberikan satu semangat baru kepada para pelajar yang tidak sabar-sabar lagi untuk menjejakkan kaki di bumi Eropah, dan pada masa yang sama, mengharapkan doa ayah dan ibu yang sudah tentu begitu berat sekali ingin melepaskan anak mereka.

Photobucket

Selepas berbuka puasa, hadirin bersama-sama menunaikan Solat Maghrib berjamaah. Selesai bersolat, Majlis diselitkan dengan sesi penyerahan Sijil dan Buah Tangan khas dari GEMARAK yang disempurnakan oleh Al-Fadhil Ustaz Khairil Azhar Shamsuddin.

Hadirin selepas itu juga tidak melepaskan peluang untuk bersolat Tarawih berjamaah, sebelum dihidangkan sekali lagi dengan satu Slot mantap bertajuk “Jejak Islam di Bumi Eropah”. Slot yang dibentangkan oleh Saudari Pengarah sendiri, Nurhanis Syazni itu sungguh bermakna buat tatapan adik-adik pelajar dan ibu bapa yang hadir. Pelbagai persoalan yang bermain di minda mereka selama ini sedikit terungkai hasil pembentangan ringkas dan padat tersebut.

Photobucket

Majlis tamat tepat jam 10.15pm, dan sebelum bersurai, para hadirin mengambil kesempatan untuk beramah mesra dan bertukar-tukar cerita. Majlis tersebut berakhir dengan puluhan senyuman penuh ikhlas para hadirin, sekaligus menandakan satu lagi kejayaan Program anjuran GEMARAK. InsyaAllah, semoga bertemu lagi di lain hari, semoga adik-adik pelajar yang akan berangkat nanti beroleh keselamatan dan kesejahteraan di bumi asing. Wallahu a’lam.

Lagi Koleksi Gambar Majlis di SINI

Categories: Activities Tags:

GEMARAK Turun Ke Sekolah

August 19th, 2009 admin 3 comments

Oleh: Wan Nur Iwani

1

Sayong, 19 Ogos 2009 - Setelah berminggu-minggu dirancang, akhirnya, program kemasyarakatan GEMARAK telah direalisasikan. Alhamdulillah, SMK Sayong telah terpilih sebagai lokasi Program “Sharing Moment” GEMARAK tahun ini. Program yang dipimpin oleh Pengarah, Saudari Areeshah ini dijayakan oleh 7 orang Fasilitator daripada UK, Ireland dan Mesir (Hilfi, Amir, Areeshah, Nazirul, Faqih, Hafizi, dan Faten Mastura) dan 39 orang pelajar Tingkatan 4 SMK Sayong.

Program bermula dengan penyampaian sebuah ceramah motivasi oleh Saudara Amir Syafiq, Graduan bidang Kejuruteraan Mekanikal, University Of Bristol yang membawa tajuk “7 Habits of Highly Effective People”. Ceramah selama satu jam itu jelas memberikan input dan sinergi baru kepada adik-adik yang kini sedang berada di dalam musim peperiksaan selaras sekolah. Semoga apa yang ditimba dapat dijadikan tauladan sehingga ke akhir hayat mereka.

Pengisian seterusnya bertajuk “What To Do After SPM?”, disampaikan oleh Saudara Wan Ahmad Hafizi, pelajar tahun kedua Perubatan di University Of Cairo, Egypt. Pengisian penuh bermakna ini, membawa adik-adik merenung dan merancang kehidupan mereka selepas menamatkan persekolahan di peringkat SPM seawal di tingkatan 4 lagi. Baki masa lebih setahun sebelum menempuh peperiksaan besar SPM jelas menjadi cabaran buat adik-adik sebelum menempuh musim penuh tekanan dan beban akademik pada masa akan datang.

Satu jam terakhir Program ini dimanfaatkan sebaiknya dengan perkongsian pintar di dalam kumpulan oleh abang-abang dan kakak-kakak Fasilitator. Fasilitator yang didatangkan khas dari Leeds (Hilfi), Dublin (Areeshah), Bristol (Amir), Mesir (Hafizi, Faqih, Faten dan Nazirul) jelas telah menguja adik-adik dengan pengalaman mereka di luar negara. Slot ini diakhiri dengan penulisan Warkah Gemilang oleh adik-adik peserta sebagai peringatan dan muhasabah buat diri mereka.

Menurut salah seorang peserta Program, beliau merasakan program seperti ini harus dimanfaatkan oleh setiap pelajar sekolah seperti mereka dan berharap agar abang-abang dan kakak-kakak Fasilitator dapat kembali semula ke sekolah untuk bersama mereka sekali lagi pada masa akan datang. Di pihak GEMARAK, mereka berasa terharu dengan sambutan yang diberikan oleh adik-adik, dan berdoa agar para peserta beroleh kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Semoga program seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang.

Sekian,

Sekretariat GEMARAK 2009

Categories: Activities Tags:

Sharing Moment SMK Sayong

August 11th, 2009 admin No comments

sharing-moment-gemarak1

Categories: Activities Tags: