Archive

Archive for August, 2009

GEMARAK Turun Ke Sekolah

August 19th, 2009 admin 3 comments

Oleh: Wan Nur Iwani

1

Sayong, 19 Ogos 2009 - Setelah berminggu-minggu dirancang, akhirnya, program kemasyarakatan GEMARAK telah direalisasikan. Alhamdulillah, SMK Sayong telah terpilih sebagai lokasi Program “Sharing Moment” GEMARAK tahun ini. Program yang dipimpin oleh Pengarah, Saudari Areeshah ini dijayakan oleh 7 orang Fasilitator daripada UK, Ireland dan Mesir (Hilfi, Amir, Areeshah, Nazirul, Faqih, Hafizi, dan Faten Mastura) dan 39 orang pelajar Tingkatan 4 SMK Sayong.

Program bermula dengan penyampaian sebuah ceramah motivasi oleh Saudara Amir Syafiq, Graduan bidang Kejuruteraan Mekanikal, University Of Bristol yang membawa tajuk “7 Habits of Highly Effective People”. Ceramah selama satu jam itu jelas memberikan input dan sinergi baru kepada adik-adik yang kini sedang berada di dalam musim peperiksaan selaras sekolah. Semoga apa yang ditimba dapat dijadikan tauladan sehingga ke akhir hayat mereka.

Pengisian seterusnya bertajuk “What To Do After SPM?”, disampaikan oleh Saudara Wan Ahmad Hafizi, pelajar tahun kedua Perubatan di University Of Cairo, Egypt. Pengisian penuh bermakna ini, membawa adik-adik merenung dan merancang kehidupan mereka selepas menamatkan persekolahan di peringkat SPM seawal di tingkatan 4 lagi. Baki masa lebih setahun sebelum menempuh peperiksaan besar SPM jelas menjadi cabaran buat adik-adik sebelum menempuh musim penuh tekanan dan beban akademik pada masa akan datang.

Satu jam terakhir Program ini dimanfaatkan sebaiknya dengan perkongsian pintar di dalam kumpulan oleh abang-abang dan kakak-kakak Fasilitator. Fasilitator yang didatangkan khas dari Leeds (Hilfi), Dublin (Areeshah), Bristol (Amir), Mesir (Hafizi, Faqih, Faten dan Nazirul) jelas telah menguja adik-adik dengan pengalaman mereka di luar negara. Slot ini diakhiri dengan penulisan Warkah Gemilang oleh adik-adik peserta sebagai peringatan dan muhasabah buat diri mereka.

Menurut salah seorang peserta Program, beliau merasakan program seperti ini harus dimanfaatkan oleh setiap pelajar sekolah seperti mereka dan berharap agar abang-abang dan kakak-kakak Fasilitator dapat kembali semula ke sekolah untuk bersama mereka sekali lagi pada masa akan datang. Di pihak GEMARAK, mereka berasa terharu dengan sambutan yang diberikan oleh adik-adik, dan berdoa agar para peserta beroleh kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Semoga program seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang.

Sekian,

Sekretariat GEMARAK 2009

Categories: Activities Tags:

Sharing Moment SMK Sayong (Details)

August 12th, 2009 admin No comments

smksayongPelbagai aktiviti sama ada di dalam negeri mahupun di luar negara telah dirangka bagi sesi 2009 ini. Ini termasuklah program bersama pelajar-pelajar dari sekolah luar bandar, iaitu SMK Sayong, Kuala Kangsar.

Program ini dirancang pada setiap cuti musim panas agar mahasiswa Perak yang sedang menuntut di United Kingdom & Ireland dapat pulang sambil menyumbang dan menyuntik semangat pelajar-pelajar luar bandar, pada masa yang sama mengeratkan silaturrahim di antara mahasiswa Perak.

SMK Sayong dipilih berdasarkan lokasinya yang terletak di Kawasan Luar Bandar dan rata-rata pelajarnya datang dari keluarga yang sederhana. GEMARAK tampil dengan sentuhan motivasi berkonsepkan perkongsian pintar dan pengalaman anggotanya yang menuntut di Universiti di United Kingdom dan Ireland.

Tentatif Program
2.30 - 2.45 pm
Ketibaan dan pendaftaran pelajar
2.45 - 3.00 pm Sesi-suai kenal fasilitator, nyanyian lagu tema serta taklimat tentatif
3.00 - 4.00 pm 7 Habits of Highly Effective Students
4.00 - 4.20 pm What To Do After SPM
4.20 - 5.10 pm Sesi Dalam Kumpulan Bersama Fasilitator (Q&A), Warkah Gemilang
5.10 - 5.30 pm Saguhati Untuk Pelajar, Amanat Terakhir
5.30 - 6.00 pm Minum Petang, Solat Asar

GEMARAK dengan ini menjemput mana-mana Mahasiswa Perak yang berkelapangan terutamanya yang menuntut di UK & Ireland untuk turut serta menabur bakti kepada adik-adik di Kuala Kangsar. Moh kita ke Sayong!

Maklumat lanjut berkaitan Program boleh berhubung dengan Saudari Nur Areeshah Abdul Aziz (Pengarah) di talian 0134925144.

Categories: Uncategorized Tags:

Sharing Moment SMK Sayong

August 11th, 2009 admin No comments

sharing-moment-gemarak1

Categories: Activities Tags: