Home > Activities > GEMARAK Turun Ke Sekolah

GEMARAK Turun Ke Sekolah

Oleh: Wan Nur Iwani

1

Sayong, 19 Ogos 2009 - Setelah berminggu-minggu dirancang, akhirnya, program kemasyarakatan GEMARAK telah direalisasikan. Alhamdulillah, SMK Sayong telah terpilih sebagai lokasi Program “Sharing Moment” GEMARAK tahun ini. Program yang dipimpin oleh Pengarah, Saudari Areeshah ini dijayakan oleh 7 orang Fasilitator daripada UK, Ireland dan Mesir (Hilfi, Amir, Areeshah, Nazirul, Faqih, Hafizi, dan Faten Mastura) dan 39 orang pelajar Tingkatan 4 SMK Sayong.

Program bermula dengan penyampaian sebuah ceramah motivasi oleh Saudara Amir Syafiq, Graduan bidang Kejuruteraan Mekanikal, University Of Bristol yang membawa tajuk “7 Habits of Highly Effective People”. Ceramah selama satu jam itu jelas memberikan input dan sinergi baru kepada adik-adik yang kini sedang berada di dalam musim peperiksaan selaras sekolah. Semoga apa yang ditimba dapat dijadikan tauladan sehingga ke akhir hayat mereka.

Pengisian seterusnya bertajuk “What To Do After SPM?”, disampaikan oleh Saudara Wan Ahmad Hafizi, pelajar tahun kedua Perubatan di University Of Cairo, Egypt. Pengisian penuh bermakna ini, membawa adik-adik merenung dan merancang kehidupan mereka selepas menamatkan persekolahan di peringkat SPM seawal di tingkatan 4 lagi. Baki masa lebih setahun sebelum menempuh peperiksaan besar SPM jelas menjadi cabaran buat adik-adik sebelum menempuh musim penuh tekanan dan beban akademik pada masa akan datang.

Satu jam terakhir Program ini dimanfaatkan sebaiknya dengan perkongsian pintar di dalam kumpulan oleh abang-abang dan kakak-kakak Fasilitator. Fasilitator yang didatangkan khas dari Leeds (Hilfi), Dublin (Areeshah), Bristol (Amir), Mesir (Hafizi, Faqih, Faten dan Nazirul) jelas telah menguja adik-adik dengan pengalaman mereka di luar negara. Slot ini diakhiri dengan penulisan Warkah Gemilang oleh adik-adik peserta sebagai peringatan dan muhasabah buat diri mereka.

Menurut salah seorang peserta Program, beliau merasakan program seperti ini harus dimanfaatkan oleh setiap pelajar sekolah seperti mereka dan berharap agar abang-abang dan kakak-kakak Fasilitator dapat kembali semula ke sekolah untuk bersama mereka sekali lagi pada masa akan datang. Di pihak GEMARAK, mereka berasa terharu dengan sambutan yang diberikan oleh adik-adik, dan berdoa agar para peserta beroleh kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Semoga program seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang.

Sekian,

Sekretariat GEMARAK 2009

Categories: Activities Tags:
  1. August 19th, 2009 at 14:43 | #1

    Wah, menarik!

    Tapi nampaknya Hilfi macam tembam je~

  2. August 19th, 2009 at 20:51 | #2

    wah, bestnyer..

    rugi plak tak dpt join..

    semoga anak perak terus cemerlang,gemilang,terbilang!

  3. anis
    August 21st, 2009 at 03:33 | #3

    Wah…seronoknya pergi program macam ni. Rugi tak dapat join. Syabas kepada yang terlibat!

  1. No trackbacks yet.