Home > Announcement > Majlis Penghargaan & Iftar GEMARAK

Majlis Penghargaan & Iftar GEMARAK

September 1st, 2009 admin Leave a comment Go to comments

majlis-berbuka-puasa-gemarak-copy

Alhamdulillah, dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk), Generasi Ilmuan Perak UK-Ireland (GEMARAK) tahun ini merancang untuk mengadakan satu Majlis Penghargaan & Berbuka Puasa (Iftar) bagi meraikan Anak-Anak Perak yang akan melanjutkan pelajaran ke United Kingdom & Ireland. Majlis ini akan turut disertai oleh Wakil Pegawai JAIPk.

Justeru, sukacitanya, pihak Penganjur Majlis ingin menjemput kesemua Anak Perak yang akan melanjutkan pelajaran ke UK & Ireland untuk turut serta memeriahkan Majlis ini. Bagi memudahkan urusan pendaftaran, mereka yang berminat boleh berhubung terus dengan AJK Pendaftaran, Saudari Nadiah Zainal Abidin di talian 013-4749527 selewat-lewatnya pada hari Jumaat, 4 September 2009.

Para pelajar anak Perak yg sedang belajar di UK & Ireland juga turut dijemput hadir bagi menyerikan lagi Majlis. Kerjasama dan bantuan anda juga sangat-sangatlah dialu-alukan. Makluman kehadiran bolehlah dibuat kepada Saudari Siti Fatin Shaari di talian 017-4494144.

Berikut merupakan tentatif Majlis:

4.50 - 5.10 pm Ketibaan pelajar dan pendaftaran.
5.10 - 5.20 pm Ucapan Alu-Aluan dan Bacaan Doa
5.20 - 5.40 pm Ucapan Wakil Presiden GEMARAK
5.40 - 6.00 pm Jejak Islam Di Bumi Eropah
6.00 - 6.35 pm Slot Jalinan Mesra I
6.35 - 7.10 pm Ketibaan, Perasmian dan Tazkirah dari Jemputan JAIPk
7.10 - 8.00 pm Berbuka Puasa & Solat Maghrib Berjemaah
8.00 - 8.30 pm Majlis Penyampaian Sijil & Cenderahati
8.30 - 9.15 pm Solat Isya’ dan Tarawih
9.15 - 10.00 pm Slot Jalinan Mesra II
10.00 pm Bersurai

Pihak Penganjur Majlis Penghargaan & Berbuka Puasa GEMARAK 2009 dengan ini berharap agar segala perancangan dan persediaan untuk menjayakan majlis ini terlaksana dengan jayanya dan mendapat keberkatan dari ALLAH SWT. Selamat berpuasa!

-Sekreteriat GEMARAK 2009/10-

Categories: Announcement Tags:
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.