Tentang GEMARAK

August 31st, 2009 Leave a comment Go to comments

Generasi Ilmuan Perak United Kingdom & Ireland (GEMARAK)

jata-perak

Objektif GEMARAK

Berikutan peningkatan jumlah anak negeri Perak yang menyambung pelajaran ke luar negara dan juga bermastautin di bumi UK dan Ireland maka tercetusnya idea penubuhan sebuah pertubuhan yang bakal menjaga kebajikan dan menyatukan anak-anak negari Perak yang berada di sini. Berada di bawah satu payung negeri yang sama, loghat yang sama dan membesar di aliran sungai yang sama serta di bawah satu pentadbiran negeri yang sama, anak-anak Perak bakal disatukan di bawah lembayung GEMARAK.
GEMARAK adalah hasil inisiatif dan cetusan minda beberapa anak Perak yang berada di UK dan Ireland. Singkatan GEMARAK itu sendiri adalah dari perkataan Generasi Ilmuan Perak United Kingdom dan Ireland.

Antara objektif awal penubuhan GEMARAK adalah:

1. Menggabung jalinkan hubungan silaturrahim dan fikiran di kalangan professional anak Perak dalam menangani pelbagai persoalan untuk memaksima sumbangan dan peranan mahasiswa dan professional Perak di peringkat nasional dan antarabangsa

2. Mengumpulkan anak-anak Perak yang menuntut di luar negara melalui pengumpulan data dan penyediaan database yang lengkap.

3. Medium komunikasi antara kerajaan negeri dengan anak-anak Perak yang menuntut di luar Negara dalam memastikan kebajikan anak-anak Perak.

4. Menyumbangkan suara, idea, hasil penyelidikan dan pendapat dari semasa ke semasa untuk pemantapan negeri Perak.

Sasaran GEMARAK

1. AnakPerak yang menuntut dalam apa jua bidang di UK dan Ireland

2. Anak Perak yang bekerja di UK dan Ireland

3. Anak Perak yang mengikuti suami/isteri ke UK dan Ireland

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.